Friday, October 24, 2008
Wednesday, October 22, 2008
Crocheted Baby Shirt
My crocheted baby shirt... not 100% complete... need to add button at the front. Anyway..feeling really happy sebab dapat siapkan baju ni.. sekarang ni rasa seronok sangat buat crochet ni.. lebih-lebih lagi bila dah jumpa banyak pattern menarik untuk dicuba.. Just wait for next coming project...
Tuesday, October 21, 2008
Chrocheted Baby Booties
At last... selepas beberapa kali mencuba crochet booties ni.. dapat juga siap dengan sempurna..
Sebelum semuanya buat separuh jalan sebab rasa macam tak cantik je... sekarang ni nak cuba buat topi , baju dan selimut baby pulak... Baju baby baru 30% dalam proses.. kalau takde masalah .. esok boleh la siap..
Monday, October 13, 2008
Wednesday, October 8, 2008
Selamat Hari Raya
Selamat hari raya semua... raya kali ni first time raya lama kat kg suami di Pahang..
7 hari kat sana.. tak pernah lama macam ni kat kg... seronok sebab ramai yang balik.. tapi takde ambil gambar la... malas sebab body macam bulat je... anyway.. maaf zahir batin semua..
Thursday, September 25, 2008
Red Booties
Booties ni dibuat atas permintaan seorang kawan.. dia nak warna merah sebab tema raya tahun ni warna merah..
Tuesday, September 23, 2008
Tag dr Zue..I am who i am...
TaGGed RAye...
1. Berapa pasang baju raya anda thn ni dan kaler apa?
Eemm…tahun ni tak beli baju raye.. pakai baju yang ada je..…
2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Apa ye... hmmm.. lemang kot..
3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Tart Nenas…dah habis pun makan yang order untuk raye...raye ni.. takdelah kuih tart untuk tetamu...
4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Lum tahu lagi.. tengoklah..
5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Oleh kerana raya ni.. raya kat rumah mak mertua.. agaknya kena tolong kat dapur lah...huhuhuu... tak dapat la nak tengok tv macam zue..
Monday, September 15, 2008
Wednesday, September 10, 2008
Shirred dress lagi
Lama dah tak menjahit... mula-mula buat baju ni untuk diri sendiri.. tapi bila Sofea cuba dia rasa cantik kot kat diri dia.. jadi mummy pun terpaksalah mengalah.. Rasanya baju ni memang lebih cantik pada dia.. Tali bahu tu dibuat bersilang ke belakang atas permintaan Sofea sebab dia suka nak nampak seksi sikit.. budak-budak sekarang la katakan.. budak-budak seksi takpe.. dah besar jangan ye...
Tuesday, September 2, 2008
Concert Qdees
Masuk tahun ni dah 4 tahun berturut-turut pergi tengok persembahan tadika ni.. 2 tahun pertama konsert Putra.. nasib baik lepas ni rehat 2 tahun.. sebab Aleya kecil lagi.. Beria kalau tadika diaorang ni buat persembahan.. dekat dewan Civic MPPJ.. tempat konsert AF tu..
Friday, August 15, 2008
Booties - Blue version
Monday, August 11, 2008
Soft baby shoe
Crochet - Alas Gelas
Tuesday, August 5, 2008
Saje nak share...
Ni nak share berita terkini... I'm pregnant...
Baru je... tak sure berapa minggu.. belum gi check doktor lagi..
Nanti lah dulu.. yela.. anak ke4 la katakan.. dah ada experience..
hehheeh.. to Zue.. kita pulak amik gambar lama awak ni...
Thursday, July 31, 2008
Tag
Saje melepaskan kebosanan.
1. When you buy a greetings card, are the words or the picture more important to you?
2. What's your favorite kind of cake?
6. What was the best party you've ever been to?
15. What is your worst habit?
Nak pass pada sape ye??? Pass pada zue lah..
Wednesday, July 30, 2008
Awards from a great friend
Nak calonkan siapa ye???? Kepada sesiapa yang kreatif.. anda pun dianugerahkan award 'kreativ blogger' ni juga.
Monday, July 28, 2008
Shirred dress - white and red version
Thursday, July 24, 2008
Diaper Stacker
Monday, July 21, 2008
Shirred dress - Polka dot
Blouse - Crochet flower
Blouse boleh dipakai dengan skirt atau seluar dan juga dipakai didalam dress tali bahu dua yang dibuat sebelum ni..
Saiz S (1-2 yrs) , M (3-4 yrs)
Friday, July 18, 2008
Helter Neck Blue Dress
Thursday, July 17, 2008
Tuesday, July 15, 2008
Sweet Blue Floral
Baju ni bermotif bunga2, jadi tak perlu aksesori berlebihan. Di pinggang diletakkan lace biru gelap dan riben kecil diatas bahu sebagai penyeri.
Kali ini tidak diletakkan reben pengikat di belakang baju. Sesuai untuk penggemar baju yang ringkas.
Size : M(3-4 yrs) : RM35.00
Monday, July 14, 2008
Sweet Polka Dott - Blue version
Another polka dott collection. Sama seperti version polka dott pic cuma susunan aksesorinye berbeza. Untuk kanak2 berumur 3-4 tahun.
L (5-6 yrs) : RM40.00
Friday, July 11, 2008
Thursday, July 10, 2008
Collar Peter Pan
Malam tadi cuba buat baju collar peter pan.. Inilah hasilnya setelah berjam-jam cuba dengan try and error basis.. walaupun tak perfect tapi oklah untuk percubaan pertama. Baru 50% siap... harap dapat siapkan malam ni.. Baju ni untuk budak 3 tahun..
Monday, July 7, 2008
Sweet Pinky
Bawah kain diletak lace dan bunga kecil warna pink ditengah untuk
menambahkan seri baju ni..
Price : RM35.00
Friday, July 4, 2008
Thursday, July 3, 2008
polka dott pic
aleya ni.. pakai baju feminin pun nak panjat main kuda... ni nak bagi view baju dari belakang..
ni sofea dengan dress polka dot pic.. ubah sikit dr yg biru dekat bahagian bahu dia.. yang baju ni bahu dia kena ikat ...