Thursday, September 25, 2008

Red Booties


Booties ni dibuat atas permintaan seorang kawan.. dia nak warna merah sebab tema raya tahun ni warna merah..

Tuesday, September 23, 2008

Tag dr Zue..I am who i am...

TaGGed RAye...


1. Berapa pasang baju raya anda thn ni dan kaler apa?

Eemm…tahun ni tak beli baju raye.. pakai baju yang ada je..…

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?

Apa ye... hmmm.. lemang kot..

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?

Tart Nenas…dah habis pun makan yang order untuk raye...raye ni.. takdelah kuih tart untuk tetamu...

4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?

Lum tahu lagi.. tengoklah..

5. Apakah aktiviti malam raya korang?

Oleh kerana raya ni.. raya kat rumah mak mertua.. agaknya kena tolong kat dapur lah...huhuhuu... tak dapat la nak tengok tv macam zue..

so... untuk Zura, Azira, Aleesa... dan sesapa lah.. silalah sambung..

Monday, September 15, 2008

Booties II


Weekend ari tu buat booties ni.. ni pun nak hadiahkan kat kawan juga.. harap dia suka...

Wednesday, September 10, 2008

Shirred dress lagi

Lama dah tak menjahit... mula-mula buat baju ni untuk diri sendiri.. tapi bila Sofea cuba dia rasa cantik kot kat diri dia.. jadi mummy pun terpaksalah mengalah.. Rasanya baju ni memang lebih cantik pada dia.. Tali bahu tu dibuat bersilang ke belakang atas permintaan Sofea sebab dia suka nak nampak seksi sikit.. budak-budak sekarang la katakan.. budak-budak seksi takpe.. dah besar jangan ye...

Tuesday, September 2, 2008

Concert Qdees

Lama sangat dah tak update blog ni.. seminggu dua ni tak berapa sihat la.. projek pun kena 'kiv' sekejap sampai keadaan pulih.. rasanya minggu ni ok sikit dah.. bolehla mulakan semula projek2 yang tergendala tu.. Sabtu lepas Sofea ada persembahan konsert tadika dia.. ni lah gambar paling ok yg hubby tangkap walaupun muka Sofea tak berapa nampak. Dia menari lagu 'Makhluk tuhan paling seksi'.. suka tengok budak2 ni buat persembahan... comel je..
Masuk tahun ni dah 4 tahun berturut-turut pergi tengok persembahan tadika ni.. 2 tahun pertama konsert Putra.. nasib baik lepas ni rehat 2 tahun.. sebab Aleya kecil lagi.. Beria kalau tadika diaorang ni buat persembahan.. dekat dewan Civic MPPJ.. tempat konsert AF tu..

 
blog template by suckmylolly.com